HAPPY LEARNING ! ! !

Let your children have a lot of fun while learning ! ! !

Saturday, February 12, 2011

Biru Sibijak Laut

Anak-anak,marilah menerokai dunia laut yang penuh dengan ajaib dan ceria denga Biru dan kawan-kawannya ! ! !

Biru Sibijak Laut V.1

Tempat Baru

Di dasar Pulau Lambung Karam tinggalnya Bili, Diba, Ucin, Neng dan Juli. Oleh kerana tempat mereka telah teruk tercemar, maka mereka memulakan perjalanan untuk mencari tempat baru bagi dijadikan tempat tinggal. Di dalam usaha mereka tersebut, mereka juga telah berjumpa dengan beberapa lagi kawan yang baru. Kini mereka berkerjasama untuk mencari tempat tinggal yang baru. Akan tetapi mereka juga terpaksa menempuhi beberapa cabaran seperti merentasi  kawasan-kawasan yang berbahaya. Adakah Bili dan rakan-rakannya akan berjaya dalam usaha mereka mencari tempat baru tersebut? Berjayakah Bili dan rakan-rakannya menghadapi cabaran yang menanti?

Alut Kena Jaring
Setelah berjaya menemui tempat tersebut, Bili dan rakan-rakannya mulai sibuk menyiapkan rumah kelab mereka. Kebetulan seekor "belut elektrik" yang bernama Alut telah terserempak dengan mereka. Alut yang berasal dari kawasan yang gelap mula mengada-adakan cerita bagi menakutkan Bili dan rakan-rakannya. Bimbang diapa-apakan oleh Alut, Bili dan rakan-rakannya cuba menyelamatkan diri dengan bersembunyi di celah-celah batu karang yang berhampiran. Alut yang sangat marah cuba mengejar Bili dan rakan-rakannya, namun tiba-tiba mereka mendapati kawasan sekeliling mereka telah dikelilingi oleh jaring para nelayan. Dapatkah mereka melepaskan diri? Apakah yang akan terjadi seterusnya?

Code No      : SMC-001
Retail Price : RM 14.90
(Free : Stiker & Buku Untuk Mewarna)

Biru Sibijak Laut V.2

Wira

Alut yang berdendam dengan Bili dan rakan-rakannya telah meminta pertolongan dari Barra seekor "Barracuda" yang turut menghuni kawasan gelap tersebut. Dengan menaburkan cerita-cerita palsu tentang Bili dan rakan-rakannya, Alut berjaya mengpengaruhi Barra untuk bersama mereka cuba menghalau Bili dan rakan-rakannya agar mereka keluar dari kawasan tersebut. Kehadiran Alut dan Barra yang cuba membuat kacau telah menimbulkan kekecohan dan suasana menjadi semakin tegang apabila Alut dan Barra mula bertindak untuk mengerjakan Bili dan rakan-rakannya. Pelbagai helah telah dirangka bagi melepaskan diri dari serangan Alut dan Barra. Berjayakah Bili dan rakan-rakannya melepaskan diri dari serangan Alut dan Barra atau berjayakah Alut dan Barra mengerjakan Bili dan rakan-rakannya?

Bulan Penuh
Pada suatu malam yang diterangi cahaya bulan mengembang penuh ketika Bili dan rakan-rakannya sedang lena diulit mimpi. Tiba-tiba mereka dikejutkan oleh sesuatu gegaran yang mengemparkan. Dalam keadaan hairan yang bercampur takut dan panik, Ucin keluar untuk menyiasat tentang perkara yang sebenar. Rupa-rupanya sekumpulan ketam sedang berpindah mencari tempat yang baru akibat dari pengaruh bulan penuh. Kagum dengan kejadian itu, Bili dan rakan-rakannya harus berkerjasama menyediakan laluan bagi mengelakkan rumah kelab mereka daripada dirempuhi oleh sekumpulan ketam tersebut. Dapatkah Bili dan rakan-rakannya menyelamatkan rumah kelab mereka dari dirempuhi oleh kumpulan ketam tersebut?
 
Code No      : SMC-002
Retail Price: RM 14.90
(Free : Stiker, Buku Untuk Mewarna & Bertulis)

 

FOR ANY ENQUIRY PLS SEND YOUR MAIL TO genmori@yahoo.com

No comments:

Post a Comment